Pahlawan Murut

image

Ontoros Antanom 

Antanum atau Antanom (nama penuh Ontoros Antanom) (1885 – 1915) ialah pahlawan Murut yang terkenal dan perkasa[perlu rujuk dari Borneo Utara (kini Sabah), Malaysia yang menurut sejarah lisan tempatan didakwa memiliki kuasa sakti. Oleh itu, dia telah menerima sokongan daripada ketua dan penduduk dari kampung sekitar KeningauTenomPensiangan dan Rundum lalu mendorong kepada kebangkitan Rundum menentang Syarikat Borneo Utara British tetapi telah terbunuh semasa pertempuran dengan tentera syarikat di Sungai Selangit berhampiran Pensiangan. Hilang sabar, Ontoros Antonom mengumpulkan hampir seribu orang pahlawan Murut dari TenomKeningau dan Pensiangan untuk menentang empayar British pada tahun 1915. Pegawai British dikejutkan dengan beratus-ratus pahlawan Murut membanjiri bangunan pentadbiran mereka dan menyerang mereka. Ontoros Antonom membina beberapa kubu dengan terowong bawah tanah dan rumah.


Korom Anduat 
meninggal dunia pada 1960

Individu hebat yang bernama Sarjan Korom ini berasal dari Kampung Sumatalun  daerah Pensiangan di kawasan pedalaman Sabah. Beliau merupakan salah seorang pahlawan Murut yang sangat terkenal pada zaman penjajahan Jepun.Beliau juga turut dikatakan memiliki ilmu kebatinan yang sangat tinggi. Menurut cerita lisan masyarakat tempatan, Sarjan Korom menerima kekuatan yang luar biasa sejak beliau sedang tidur di atas rumpun bambu.Sewaktu beliau sedang nyenyak tidur, tiba-tiba muncul seorang wanita yang sangat   cantik dan menawarkan kepadanya sebuah kuasa sakti akan tetapi dengan syarat      beliau harus memperisterikan wanita tersebut.Sarjan Korom amat digeruni oleh musuh kerana ilmu batinnya yang sangat luar biasa. Tambahan lagi, Sarjan Korom pernah diseksa dengan pelbagai jenis seksaan oleh pihak Jepun, antaranya sebatan sehinggalah ditarik sambil diikat dengan jip.Peliknya, dikatakan tiada satu pun dari semua seksaan dapat melukakan badan Sarjan Korom. Beliau juga dikatakan pernah dikenakan hukuman pancung akan tetapi pedang milik Jepun dikatakan tidak mampu menembusi lehernya.
   
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Aki Garing 
sumber ( Facebook - Arkib Negeri Sabah)
Aki Garing merupakan perisik dan banyak membantu menghalang kemasukan askar Indonesia di kawasan Pensiangan, Kalabakan dan Tawau semasa konfrontasi Indonesia - Malaysia. Beliau juga merupakan pahlawan terkahir orang Murut yang mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi sama taraf dengan Sarjan Korom.


Aki Kopuno (kepercayaan orang Murut)
Aki Kopuno adalah kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya yang berada di bumi, termasuk orang.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

buah-buahan yang hanya ada di Sabah dan Sarawak

khasiat sayur kampung