Adat perkhawinan Murut


Tidak lebih dari 3 bulan, pihak lelaki akan menghantar berian pertama, ketika ini rombongan pengantin lelaki ramai, kerana akan ada Acara minum Tapai, dan buka tapai. selain itu, di adakan acara panggulungan, dimana pasangan pengantin akan minum tapai bersama. 

Hasil carian imej untuk ansakoi
sumber : Sabahkini.net

Adat perkhawinan suku kaum Murut mempunyai beberapa peringkat. Jika dahulu pasangan pengantin perempuan merupakan pilihan keluarga lelaki. menurut orang tua, jika keluarga tersebut  merupakan orang yang baik-baik, mereka akan pinang sedia dalam kandungan lagi. (jika anak perempuan). selain itu, kanak-kanak yang dari umur 5 tahun boleh sudah di pinang dan tidak hairanlah jika perempuan dulu umur 12 tahun sudah ada anak. 

Terdapat beberapa peringkat

Peringkat Pertama : Merisik, Ambalah ( Menggunakan orang tengah)
keluarga lelaki akan menghantar orang untuk merisik bakal pengantin perempuan, mereka akan menghantar orang merisik dengan 2 keping kain sarung. Jika keluarga pihak perempuan setuju, mereka akan menyediakan tarikh pertunangan ( Angitor ra tatamung). Jika tidak di terima, mereka akan mengembalikan kain sarung.

Peringkat kedua : Hantar Tunang ( Angitor ra Tatamung)
Pihak lelaki akan datang ke rumah pihak keluarga perempuan. Pihak perempuan akan menghidangkan makanan dan minuman. Pihak lelaki tidak akan menjamah makanan dan minuman selagi keluarga pihak perempuan belum menerima pinangan daripada keluarga lelaki.Keluarga pihak lelaki akan menambah jumlah barang, sehinggalah pihak perempuan merasa serba-salah menolak.

BARANG : Gong Besi, bungkas 7 tis, cincin emas tunang, rantai emas,  10 keping kain sarung dan sampah lair atau tajau talipok, sampah nu kedai. selain itu, wang ringgit rm 250.00 namun sekarang 2019 Rm 1000.00

Peringkat ketiga : Amaruli ra Bayah
4 hari di kira selepas pengantin perempuan pulang ke rumah mentua, pasangan pengantin akan balik ke rumah keluarga pengantin perempuan. Pasangan akan tidur di rumah keluarga pihak perempuan selama 2 hari, selepas itu mereka akan kembali ke rumah pihak lelaki.

Peringkat keempat : Angitor ra kansuapan ( muoi koolong )

Barang : Tajau talipok, tajau lama,tajau kecil untuk tolak makan. manik, kain sarung, emas, wang ringgit ( Rm 100, 50)  untuk buka tapai.
Balasan Keluarga Perempuan : Beras 20 kg, tambah @ Jaruk 1 kontena, gula 5bungkus, saging kecil yang di isi beras, rokok 2 bungkus.

peringkat kelima : Muoi koolong 

pada peringkat ini, keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan lebih ramai. lebih kurang sama dengan peringkat keempat.

Peringkat kelima : Ansakoi @ Tinauh.

Hasil carian imej untuk manik murut
manik ( Susukur)

Ini merupakan peringkat terakhir, pihak perempuan meminta berian dari pihak lelaki dan pihak lelaki akan melunaskan permintaan pihak perempuan. peringkat ini lebih banyak perbelanjaan bagi kedua-dua pihak.

selain itu mereka akan menggunakan orang tengah ( Angkaunan) untuk memaklumkan kepada keluarga lelaki, bahawasannya pihak perempuan akan menghantar buyung ( mahu adakan Tinauh). jika keluarga pihak lelaki setuju, maka pihak keluarga akan menghantar saging ( Buyung Maawatik)
dan pihak perempuan akan tentukan tarikh bila mereka adakan Tinauh.

Barang : Gong Besi, gong tembaga, tajau ( Tiluan, Binukul dan mana-mana tajau lama), Tajau biasa ( Talipuk) Tajau kecil ( sampa kedai), kain sarung, pinangkoloh dan emas.  Barang yang di masukkan senarai (Talang, Berian).

1 pokok Tapai : Di buka dengan Rm 450.00, 20 keping kain sarung, 1 kain kinayuh, 4 pupulak ( manik pendek) 4 susukor ( manik panjang-panjang) 1 tajau talipok, dan 4 tajau kecil. ( tidak dalam dimasukan senarai Talang)

1 pokok tapai akan ada : Beras 1 tin ( 35 kg), tambah @ jaruk 1 tong, gula 1 bundle, hamper ( makanan ringan, rokok 1 pak,Biskut 1 tin ( Buyung mawatik , saging biasa di isi dengan beras).

semasa tinauh, akan ada sangiang ( pondok) yang di hias dengan kain, dan kayu yang berbunga-berbunga. Pihak keluarga tetamu ( lelaki tidak boleh naik rumah, selagi ketua kampung atau orang tua potong tutuluk, terdapat 2 tutuluk). 1 untuk pihak lelaki dan 1 lagi sebelah perempuan, selepas mereka naik akan ada pesta anggalang dengan paluan gong.
pada hari kedua akan ada acara tabur duit dan gula-gula di atas sangiang ( pengantin yang menyediakan gula-gula dan duit syiling.

Tajau Lama
 Imej yang berkaitan  photoImej yang berkaitan


Gong
 Hasil carian imej untuk gong besi murut
Hasil carian imej untuk gong besi tembaga   Imej yang berkaitan


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pahlawan Murut

buah-buahan yang hanya ada di Sabah dan Sarawak

khasiat sayur kampung