ilhamku
Dendam yang terpendam
Bab
1
‘Lona...!!!,
buat apa kamu di bawah kolong, naik cepat buat kuih untuk minum petang” aku
yang sedang asyik bermain gala-gala dengan kawan-kawan telah di panggil oleh
ibu untuk membuat minum petang. Aku berumur 11 tahun, seorang gadis pemalu dan
pendiam, hanya riang ketika bersama dengan rakan-rakan. Namun Lona mempunyai sifat
yang berdendam dihati kerana luka yang disimpan dalam hati dan masih berbekas
dengan sikap ibu yang sangat garang dan abang Louis. Lona merupakan anak ke-2
daripada 3 orang adik beradik.
“Lona..!!,
kamu cepat buat minum petang” aku
tersentak dari lamunanku “ya ibu” aku segera naik kerumah dengan perasaan yang
tidak puas hati sambil membebel aku yang masih kecil ini sudah disuruh masak
kuih, buat minum petang, memang Dia tidak mahu melihat aku senang bermain dengan
kawan-kawanku. “ohh kamu membebel ya” aku yang tidak perasaan ibuku
memerhatikan aku lalu aku cepat-cepat mencuci bekas untuk mengadun kuih kacang, kuih
kegemaran keluargaku. Aku segera menoleh dan melihat ibuku dengan muka yang
tidak puas hati kerana di ganggu bermain dengan kawan-kawanku. Dalam hatiku
segera menyiapkan dan menyediakan minum petang dan kembali bermain. Namun
setelah selesai menyediakan minum petang, aku disuruh untuk menyediakan makan
malam.
“memangnya
aku ini pembantu rumah” tapi hanya mengatakan dalam hati, jika aku keluarkan
pasti ibu ku akan memukul aku. Aku merasakan hidup umpama anak pungut atau anak
yang di ambil dari orang lain. Aku sangat kecewa dengan keluarga aku yang tidak bertindak adil dengan ahli keluarga, abang dan adik tidak pernah di marah
apatah lagi disuruh, mereka diberi kasih sayang dan perhatian yang baik, tapi
aku.... hanya Tuhan yang tahu, betapa terseksanya hatiku memikirkan hidupku.
Aku
lebih selesa tinggal dirumah mak cik ku, adik kepada ibu ku. Kerana mak cik
seorang yang baik dan tidak pernah menengking aku. Namun aku tetap melakukan pekerjaan
di rumah membantu sepupuku Lola, mencuci pakaian,piring, memasak dan mengemas
rumah. Lola merupakan anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik, Lola
satu-satunya anak permpuan mak cik Kiah. Namun keluargaku tidak suka aku
tinggal dirumah mak cik Kiah, kerana tiada yang mereka suruh dirumah. Sepupu
sebelah bapaku datang mengambil aku di rumah mak cik Kiah, “Lona...baliklah,kami
sunyi tak da kawan bermain gala, batu seremban” ujar Aina. Aina merupakan
sepupu sebelah bapa, Aina tua setahun daripada aku. Aina merupakan anak bongsu
daripada tiga adik beradik. Keluarga Aina dengan keluarga ku sangat berbeza,
kerana ibubapa Aina sangat penyayang dan ibubapa Aina tidak membebankan hidup
Aina.
“Lola,
kalau kamu tak balik...nanti abangmu Louis akan datang memukul kamu” tambah
Aina. Tapi aku berkeras untuk tidak pulang mengikuti mereka balik kerumah
walaupun perutku kecut takut dengan Louis yang sangat garang dan pandangan mata
yang tajam tamabahan lagi kulitnya hitam manis, orang melihat Louis pun akan
takut.
“lola!!lola!!lola!!”
aku terdengar suara Louis dibawah rumah mak cik Kiah, dalam hati ku, hari ini
ajalku tiba. Aku segera turun, belum sempat aku turun. Louis telah menghayun
rotannya yang dibelah empat di kakiku, aku hanya memakai seluar paras lutut.
Pedihnya memang terasa hingga dikulitku yang dalam. Aku terus berlari menunju
ke rumah, jarak antara rumah keluarga aku dengan mak cik Kiah hanya 20 minit
berjalan kaki. Louis terus mengejar aku dan memukul aku sepanjang perjalanan,
aku menangis dan terus berlari. Kaki ku semua sudah berbekas merah, bahkan
badanku pun sakit kerana Louis memukul tanpa henti.
“Anak tak pandai balik rumah sudah
sampai ya” teriak ibuku, ibu aku segera mengambil rotan sebesar ibu jari kaki
dan memukul aku, aku hanya mampu menangis dan terus menangis. Ibu aku tidak
puas hati dengan memukul, dia meninjak aku, dan menendang aku hingga aku rebah
dan terdorong dibawah kerusi. Dia hanya berhenti ketika aku tidak sedarkan
diri. Malam itu membuatkan aku kecewa dan ingin mati kerana aku berfikir hidup
pun tidak mempunyai makna hidup jika terus diseksa.
Bab
2
Hari
telah berganti tahun, kini aku sudah berada di sekolah menengah. Aku mengambil
keputusan untuk tinggal di asrama. Walaupun pada ketika itu, pakaian ku hanya
lima pasang saja, dan begku hanya beg sekolah ketika dibawa ke asrama, beg
sekolah tersebut merupakan bekas beg sekolah Louis yang tidak digunakan lagi.
Aku gembira kerana ayah membenarkan aku tinggal diasrama walaupun ibu aku tidak
berpuas hati, dan ingin aku berhenti di sekolah kerana ingin membantu dia
membuat kerja di rumah, tetapi aku berkeras untuk meneruskan sekolah.
Dalam
kajian psikologi,kanak-kanak yang dididik dengan kekerasaan atau penderaan
mempunyai potensi menjadi seorang yang jahat, kaki ponteng disekolah dan bahkan
menjadi kaki buli disekolah. Tetapi aku,tidak sedemikian pada tingkatan 1, aku
masih seorang yang pemalu dan pendiam.aku telah mendapat bilik 13,dalam bilik
mempunyai 8 penghuni. Senior dalam bilik aku, selalu menyuruh aku mengemas
tempat buku, almari, katil dan selalu menyuruh aku mengambil makanan di dewan
makan. Walaupun tidak berpuas hati dengan sikap senior dalam bilikku itu,
tetapi aku tetap kerjakan apa yang dia arah. Perkara tersebut berlaku sepanjang
aku ditingkatan 1.
Ketika
aku sudah di tingkatan 2, rakan sebilik ku bertukar, dan aku telah ditempatkan
dibilik 15. Dalam bilikku terdapat seorang pelajar yang bernama Arne yang baik
hati dan merupaka seorang pelajar pandai. Arne selalu mendorongku untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang baik dan berubah hidup yang
lebih baik. walaupun begitu aku tidak pernah menceritakan kehidupan ku dengan sesiapa
pun termasuklah Arne rakan sebilik ku. “Lola.. kamu kena belajar bersungguh-sungguh,
ingat kemiskinan keluarga kamu, aku dulu pun berada dikelas hujung ketika
tingkatan 1 tetapi aku telah berusaha bersungguh dan kini aku berada di kelas
yang pertama” panjang lebar Arne menasihati dan menceritakn kisah hidupnya.
Dalam hati aku, “ermm membantu keluarga...tidak mungkinlah” yang ada dalam hati
aku, aku mahu belajar bersungguh-sungguh hanya untuk membalas dendam dengan
keluarga, jika aku sudah berjaya nanti,aku tidak akan balik ke kampung dan
hanya tinggal di Bandar. “Lola.. mari kita bersoal jawab nama tokoh dalam buku
sejarah tingkatan 2” lamuanan ku segera terhenti. “okey baiklah” “pada tahun
bilakah malaysia merdeka” Arne telah menyoal “mudahnya, hehehe 31 ogos 1957”.
Dari hari itu, Arne telah membuatkan aku minat belajar dan ingin berjaya dalam
hidup.
Bab 3
Hari berganti hari tahun berganti tahun, kini aku sudah berada di tingkatan 5. ketika aku berada di tingkatan 5 hidup aku sangat berubah, aku menjadi seorang yang periang, peramah dan rajin bertanya dengan guru. ketika kawan-kawan aku sibuk bercinta, aku telah mengambil peluang belajar bersungguh-simgguh. Pada peperiksaan pertengahan tahun, aku tidak menyangka aku telah mendapat tempat pertama dalam kelas aku. Bermulanya zaman kegemilangan aku, kawan-kawan bertambah dari seorang menjadi 4 orang. Guru-guru ramai yang memuji kebijaksanaan aku,kerana aku boleh menguasai semua subjek. Aktiviti kokurikulum aku mula aktif, tambahan lagi guru-guru selalu menekan kami, untuk masuk universiti awan sijil kokurikulum amat penting.
"Lola tahniah.... markah sains kamu paling tinggi dalam kelas kamu" cikgu Dollah telah menghentikan fikiranku. "ya ke cikgu, tak percayalah , Nana tu yang paling pandai kelas kami cikgu" ujarku. Nana merupakan kawan karibku, dia seorang yang bijak, tetapi kecantikan Nana, telah menjadi batu sandungan, Nana bercinta dengan lelaki kelas sebelah. Nana telah terlalai dan banyak menghabiskan masa belajar petang dengan dating dengan kekasihnya. "Tahniah La..... tetapi sedihnya markah sains aku dari A jadi B" kata Nana dalam nada sedih. " terima kasih Nana...., tak pa Na, SPM nanti buat yang terbaik, teringin juga sama-sama masuk u sama kau" aku memberi dorongan kepada Nana. Bersambung.................
Ulasan
Catat Ulasan