Kehidupan Asrama
Tips bagaimana boleh survive di asrama.
Bagi yang biasa tinggal dengan ibu bapa mesti susahkan kalau tiba-tiba berjauhan dengan ibu bapa. Jangan risau, terdapat beberapa tips bagaimana survive di asrama.
1. Berdikari
Ketika tinggal di asrama kena berdikari, macam pepatah melayu, kena berdiri di kaki sendiri. kena pandai cuci pakaian, mengemas, dll.
2. Jaga kebersihan
Yang ini sangat penting, pelajar-pelajar sangat mementingkan kebersihan demi keselesaan bersama. kalau rasa diri malas jaga kebersihan, berubahlah ya. banyak pelajar bergaduh sbb benda ne.
3. Keselamatan
Diri sendiri, harta seperti Duit, pakaian dll. kalau ada locker yang di sediakan tu, belilah kunci mangga sedia.
4. kemahiran sosial
kalau kamu mahu tinggal asrama lebih lama, kenalah pandai bergaul, jangan macam katak dibawah tempurung ya. kalau kamu pandai bergaul, ramai kawan. kamu akan rasa seronok tinggal di asrama.
5. Aktifkan diri
melibatkan diri dengan aktiviti yang Asrama/sekolah/institusi anjurkan. melalui aktiviti-aktiviti tersebut kamu akan dapat melatih diri untuk bersosial, dan bekerjasama dengan orang yang baru dikenali.
6. Bijak memilih kawan.
jika baru sampai sesuatu tempat tu, dan tak da orang yang di kenali. kamu haruslah bijak memilih kawan, jangan rasa sudah bebas dari pengawasan ibu bapa tersalah langkah pula, nanti buruk padahnya.
7. Rajin Beribadah
Beribadah dapat menguatkan diri dan menghadapi ujian ketika kita keseorangan jauh dari keluarga.
Ulasan
Catat Ulasan