Dayak

       
Suku Dayak adalah kelompok asli terbesar dan tertua yang mendiami Kalimantan[1]. Istilah Dayak adalah umum kerana terdapat lebih 400 sub suku Dayak yang mempunyai budaya, dialek, wilayah dan undang-undang adat tersendiri.
     walaupun bagaimanapun terdapat ciri utama untuk  dapat dikenalpasti iaitu rumah panjang, hasil budaya material seperti tembikar, mandau, sumpit beliong (kapak Dayak) pandangan terhadap alam, mata pencarian (sistem perladangan) dan seni tari. 
       Hari ini suku bangsa Dayak terbagi kepada enam rumpun besar, iaitu Kenyah-Kayan-Bahau, Ot Danum, Iban, Murut, Klemantan dan Punan. Suku Dayak mempercayai animisme, tetapi ramai juga yang memeluk agama Kristian dan akhir-akhir ini Islam.
     Dayak paling ramai penduduk indonesia, Malaysia (Sabah, Sarawak) dan Brunei. Nenek moyang Dayak berasal dari china selatan.  Dianggarkan populasi bangsa Dayak dalam lingkungan 14 juta di seluruh Sabah, Brunei, Sarawak, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan, Kalimantan Timur dan Kalimantan Utara.
Menurut Mikhail Coomans (1987: 3) 
   "semua suku bangsa Daya termasuk pada kelompok yang bermigrasi secara besar-besaran dari daratan Asia. Suku bangsa Daya merupakan keturunan daripada imigran yang berasal dari wilayah yang kini disebut Yunnan di Cina Selatan. Dari tempat itulah kelompok kecil mengembara melalui Indo China ke jazirah Malaysia yang menjadi loncatan untuk memasuki pulau-pulau di Indonesia, selain itu, mungkin ada kelompok yang memilih batu loncatan lain, yakni melalui Hainan, Taiwan dan Filipina. Perpindahan itu tidak begitu sulit, kerana pada zaman glazial (zaman ais) permukaan laut sangat turun (surut), sehingga dengan perahu-perahu kecil sekalipun mereka dapat menyeberangi perairan yang memisahkan pulau-pulau itu"

Rujukan
1. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Dayak
2. Ethnologue report for ISO 639 code: day

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pahlawan Murut

buah-buahan yang hanya ada di Sabah dan Sarawak

khasiat sayur kampung