Cincin Ajaib

Hasil carian imej untuk cincin belah rotan
Cincin Ajaib

Pada suatu ketika dahulu, di sebuah kampung terdapat sekeluarga yang hidup aman dan harmoni.Mereka mempunyai 4 ahli keluarga, Ayah, ibu, Aloi dan Elawa. Kehidupan keluarga mereka sangat bahagia. Namun Pada suatu hari si isteri menyuruh suami untuk memasang jerat di hutan. Si suami pun bersetuju untuk memasang jerat di hutan. Lalu membawa anaknya Aloi pergi memasang Jerat. Aloi  baru berumur 10 tahun. 

         Pada keesokan harinya ayahnya membawa Si Aloi. "Aloi Bangun, Mari kita pergi tengok jerat, yang kita pasang kemarin, Lalu Aloi pun bangun dan mengikuti ayahnya. Aloi yang baru berumur 10 Tahun seorang yang Bijak,berani,gagah rajin dan baik hati. si Aloi berlari laju, jauh dari ayahnya. 

Aloi sampai dahulu ke ke tempat mereka memasang Jerat. Dalam jerat mereka, seekor ular telah terperangkap. Dalam hati si Aloi, mahu membunuh ular tersebut. Namun, Tiba-tiba ular itu bercakap

"wahai budak yang baik hati, tolonglah lepaskan aku" Dengan lembut ular itu memujuk si Aloi.
Aloi terkejut, "bukankah haiwan tidak pandai berbicara"  Detik hati si Aloi. "tolonglah lepaskan aku budak kecil" rayu ular itu lagi. "tidak mahu, nanti ayah saya marah!" Aloi menjawab tegas. "wahai budak kecil..... lepaskanlah aku, tolonglah" ular itu terus merayu dengan si Aloi. Si Aloi mula berfikir, jika saya lepaskan ular ini mesti ayah marah.
" Budak kecil kamu tidak geli makan haiwan yang pandai berkata-kata" ujar ular itu. "lepaskan aku, jika ayah kamu marah panggil aku sahaja, nanti saya akan datang" ular merayu dengan Aloi dengan kata-kata yang lembut. "kalau ayah halau saya, macammana ular" kata Si Aloi "panggil sahaja saya, aku pasti akan datang"
lalu Si Aloi pun melepaskan ular tersebut, pada waktu yang sama, Si Ayah melihat Aloi melepaskan ular tersebut. Lalu si Ayah memarahi Si Aloi "kenapa kau lepaskan Aloi!!" Aloi terus terkaku melihat Si Ayah. "aaayaah..." Aloi dalam ketakutan, tapi masih mahu berkata-kata. "ular itu pandai bercakap ayah, saya rasa ayah pun geli makan binatang yang pandai bercakap" kata Aloi dengan lancar, dalam hati Aloi masih dalam ketakutan. Si Ayah pun berfikir "mungkin betul juga kata Si Aloi ne, mana mungkin saya makan binatang yang pandai bercakap" Si Ayah pun memasang balik jerat mereka. setelah selesai, Si Ayah mengajak Aloi balik rumah.

keesokan harinya, Si Ayah membawa Aloi pergi melihat jerat mereka. Si Aloi seperti biasa laju berjalan meninggalkan ayahnya jauh di belakang. ketika sampai di jerat mereka Aloi senang hati melihat beberapa ekor burung masuk dalam perangkap "wahh... ada juga rezeki kami. Namun tiba-tiba....... Bersambung??

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pahlawan Murut

buah-buahan yang hanya ada di Sabah dan Sarawak

khasiat sayur kampung